Syarat-syarat Pendepositan

icon

Deposit minimum untuk pelabur FxPro SuperTrader ialah $2000 dengan pengganda kredit 4. Dengan cara ini pelabur boleh memenuhi keperluan pemodalan sebanyak $10,000 tanpa perlu mendeposit seluruh amaun tersebut. Ini ialah untuk melindungi daripada risiko berkaitan akaun yang tidak cukup modalnya. Untuk berfungsi secara optimum, portfolio SuperTrader mestilah dipelbagaikan secukupnya dengan dilaburkan dalam beberapa strategi, dengan modal yang cukup diperuntukkan sekali untuk setiap strategi dan baki ekuiti bebas yang cukup untuk peruntukan seterusnya. Deposit yang dilakukan dalam EUR dan GBP akan ditukar kepada USD dan hendaklah berjumlah sekurang-kurangnya $10,000 selepas penggunaan pengganda kredit. Deposit seterusnya tidak memerlukan amaun minimum.

Untuk menjadikan platform lebih mudah diakses, kami menawarkan barisan kredit yang membolehkan anda menggandakan pelaburan anda sehingga 4 kali ganda dan menambahnya ke deposit awal anda. Oleh itu, bagi memenuhi syarat minimum deposit $10,000, pelabur boleh mendepositkan serendah $2,000 dan mendapatkan baki $8,000 menggunakan barisan kredit kami.

Pelanggan Super Trader sedia ada yang berhasrat untuk mengambil kesempatan ke atas barisan kredit kami tidak perlu untuk memenuhi syarat deposit dan bebas untuk mengambil kesempatan ke atas barisan kredit atau teruskan menyalin strategi tanpanya. Ketahui lebih lanjut dengan memuat turun Panduan Barisan Kredit kami

Minimum account size

Saiz akaun minimum untuk FxPro SuperTrader ialah $10,000, walau bagaimanapun, pelabur hendaklah maklum bahawa lebih banyak modal yang anda sediakan, lebih luas lagi kepelbagaian portfolio FX anda.

Salah satu daripada undang-undang pertama perdagangan ialah untuk tidak berdagang dengan akaun yang dananya tidak mencukupi. Akaun dengan dana tidak mencukupi amat mudah terdedah kepada ketaktentuan.

Akaun Super Trader yang dananya tidak mencukupi menyebabkan strategi dalam portfolio anda tidak dilaksanakan selaras dengan posisi ketua. Terdapat tiga sebab utamanya:

Akaun dengan dana tidak mencukupi tidak membenarkan dana untuk diperuntukkan kepada berbagai-bagai strategi. Ini menyebabkan portfolio pelabur tidak dipelbagaikan secukupnya.

Akaun dengan dana tidak mencukupi memaksa pelaburan menjadi berlebihan leveraj, berkaitan dengan ketua yang diikuti. Ini diterjemahkan sebagai lebih risiko kepada pelabur daripada ketua.

Kedua-dua isu ini menyebabkan portfolio pelabur menjadi mudah terdedah kepada surutan.

Risiko, margin dan panggilan penyelenggaraan barisan kredit

icon

Tatkala barisan kredit kami menjadikan dana tambahan tersedia kepada para pelabur dan menawarkan pulangan yang dipertingkatkan, ia juga datang dengan risikonya tersendiri, yang mana anda harus sedia termaklum sepenuhnya mengenainya. Semua kerugian yang berlaku semasa melabur dalam strategi Super Trader adalah ditanggung oleh modal risiko anda semata-mata dan bukannya dana yang telah dikreditkan kepada anda oleh FxPro. Menggunakan barisan kredit membenarkan anda meneruskan peruntukan dana kepada strategi walau pun ekuiti anda sendiri telah berkurangan. Apabila menggunakan barisan kredit, anda mungkin akan menerima panggilan margin jika anda mempunyai ekuiti yang tidak mencukupi untuk menampung kerugian yang disebabkan surutan.

Anda akan menerima pemberitahuan panggilan margin apabila ekuiti anda (tidak termasuk amaun Kredit) jatuh ke paras 6% daripada amaun kredit. Apabila ekuiti anda (tidak termasuk amaun Kredit) jatuh ke paras 3% daripada amaun kredit, anda akan diberhentikan. Mana-mana strategi yang anda ikuti akan diberhentikan dan semua dagangan akan ditutup secara automatik sebagai langkah melindungi akaun anda daripada berbaki negatif.

Sebagai pelabur Super Trader anda mempunyai pilihan tambahan menerima panggilan penyelenggaraan melalui e-mel atau SMS sebaik sahaja 80% daripada deposit anda telah habis. Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan daripada pencairan posisi terbuka anda dengan mendepositkan lagi ke dalam akaun anda, jika anda memilih untuk melakukannya.

Masalah

Yang berikut ini ialah contoh terbaik bagaimana portfolio dengan dana tidak mencukupi mengambil risiko mengikut kadar yang berlebih-lebihan daripada ketua, yang disalinkan:

Seorang pelabur dengan 4000USD dalam akaun Super Tradernya memperuntukkan jumlah penuh kepada strategi tunggal. Ketua strategi tersebut, dengan modal sendiri beliau sebanyak 40,000USD, membuka satu posisi membeli 0.04 lot (0.04 lot = 4,000USD). Modal pelabur yang tersedia ialah cuma 1/10 daripada ketuanya, jadi posisi mengikut kadar telah diambil bagi pihak pelabur. Ini pada asalnya ialah 0.004 lot (400USD), tetapi apabila diperhatikan yang saiz lot terkecil tersedia ialah 0.01 lot (1,000USD), posisi pelabur mestilah digenapkan ke jumlah ini. Ini menjadikan saiz posisi pelabur 1/4 daripada modal berisikonya, sementara ketuanya 1/10. Tambahan lagi, penggenapan posisi pelabur kepada nilai atas menyebabkan posisi pelabur menjadi berlebihan leveraj sebanyak 2.5 kali (0.01/0.04 = 2.5).

Anda berhasrat untuk melabur sebanyak 90,000USD

Anda laburkan 30,000USD dan barisan kredit FxPro akan menyediakan baki 60,000USD untuk anda.

  • Dalam keadaan di mana portfolio anda kerugian sebanyak 10% dan anda menghentikan pelaburan: Kerugian ke atas 90,000USD sepenuhnya itu ialah 9,000USD 60,000USD akan dikembalikan kepada FxPro 9,000USD akan ditolak daripada modal berisiko anda (30,000 – 9,000 = 21,000).
  • Dalam keadaan di mana portfolio anda mendapat keuntungan sebanyak 10% dan anda menghentikan pelaburan: 90,000USD + 9,000USD keuntungan 60,000USD dikembalikan kepada FxPro TKeuntungan 9,000USD akan ditambah kepada modal berisiko anda, 30,000 +9,000 = 39,000

Bagaimana kami berupaya menawarkan barisan kredit

  • FxPro mematuhi MiFID (EU Directive 2004/39/EC). Kerana itulah, kami mengekalkan dana pelanggan kami dalam akaun berasingan dan wang ini hanya boleh digunakan untuk menyelesaikan keuntungan dan kerugian di antara pelanggan kami dan bank di mana kami menjalankan perdagangan sebagai pihak sejawat.
  • Untuk menyediakan kecairan dan margin kepada pelanggan kami, FxPro menggunakan dananya. Kami tidak boleh menggunakan dana pelanggan kami untuk keperluan kecairan dan margin.
  • Kami tidak memerlukan mana-mana dana yang selain daripada modal berisiko pelabur, yang mana akan digunakan untuk menampung mana-mana kerugian yang mungkin terjadi semasa berdagang.
  • Menawarkan barisan kredit tidak mendatangkan apa-apa kos tambahan kepada kami, kerana kami mengekalkan dana kami yang secukupnya dengan Broker Utama kami untuk menyediakan kecairan kepada Super Trader. Hasilnya, kami juga tidak mengecaj anda untuk kemudahan ini.
Selamat datang ke Sembang Langsung FxPro Bagaimana saya boleh membantu anda?